5 KEBAIKAN HEBAT MENJADI PELAYAN (WAITER/WAITRESS) | SourceCo
top of page

5 KEBAIKAN HEBAT MENJADI PELAYAN (WAITER/WAITRESS)

Ahmad Ibrahim

Jan 18, 2022

Ia bukan sekadar pekerjaan yang boleh anda sandang semasa belajar di Uni atau menunggu keputusan SPM untuk mendapatkan sedikit wang saku. Menjadi pelayan untuk jangka masa yang lebih lama mempunyai lebih banyak faedah daripada yang fikirkan.


PELAYAN BOLEH BEKERJA DENGAN (MACAM-MACAM) ORANG
Satu kelebihan penting menjadi pelayan ialah anda boleh bekerja dengan ramai orang yang berbeza. Malah, jika anda suka bercakap dengan tetamu anda dan ingin membincangkan topik terkini, kemungkinan besar anda akan sentiasa mencari seseorang yang sanggup berborak dengan anda.
Selain itu, anda juga akan sentiasa bertemu orang baharu dan bercakap dengan orang tersebut akan membentuk anda dalam pelbagai bentuk yang berbeza kerana anda akan sentiasa mempelajari perkara baharu tentang tingkah laku orang dan kehidupan secara umum.

ANDA DAPAT MENDAPAT WANG “TIPS” YANG BAGUS
Walaupun kebiasaanya gaji asas pelayan tidak begitu besar, pelayan masih boleh mendapat wang “tips” yang cukup baik. Terutama jika anda bekerja di bar, anda boleh menjana sejumlah besar wang daripada “tips”.
Sudah tentu, lebih baik dan kemas wajah dan tingkahlaku, bercakap baik dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik, lebih banyak wang “tips” yang anda peroleh secara purata.
Oleh itu, pastikan anda berpakaian kemas dan tunjukan personaliti yang hebat semasa memulakan syif anda sebagai pelayan.

PELAYAN BIASANYA CERGAS/SIHAT
Memandangkan anda perlu berjalan agak banyak dari meja ke meja semasa syif anda, pelayan biasanya agak cergas. Ini juga menunjukkan bahawa ramai pelayan tidak mengalami berat badan berlebihan atau obesiti seperti yang dialami oleh orang dalam banyak pekerjaan lain.
Oleh itu, dengan menjadi pelayan, anda juga boleh kekal dalam keadaan yang lebih baik berbanding dengan profesion lain. Ini bukan sahaja akan menjadikan anda lebih menarik dalam kehidupan social anda, tetapi ia juga boleh membantu anda mengekalkan kesihatan kerana kecergasan dan kesihatan berkait rapat.

PELAYAN BELAJAR CARA BAIK UNTUK BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG BERPERANGAI BURUK
Satu lagi kelebihan menjadi pelayan ialah anda juga akan belajar bagaimana menangani orang yang sukar dan beperangai buruk. Walaupun selalunya tidak menyeronokkan untuk berurusan dengan orang yang mencari sesuatu untuk mengadu sepanjang hari, ia masih boleh menjadikan anda lebih tahan lasak dalam keadaan-keadaan tersebut.
Ia juga mengajar anda cara berurusan dengan orang tersebut dan ini adalah kemahiran yang penting untuk dipelajari. Malah, dalam banyak industri, anda perlu bekerja dengan orang yang sukar dari semasa ke semasa dan oleh itu, belajar menangani situasi tersebut bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada anda sebagai pelayan, tetapi ia juga boleh membantu anda untuk kerjaya masa depan anda sekiranya anda rasa anda ingin membuat perubahan kerjaya.

HADANG MASUK YANG RENDAH
Secara umum, tidak ada keperluan pendidikan yang tinggi untuk menjadi pelayan. Selalunya cukup untuk bersikap mesra kepada tetamu anda dan dapat mengira dengan betul. Oleh itu, hampir semua orang boleh menjadi pelayan dan jika anda tidak berpendidikan tinggi dan merasa sukar mendapatkan pekerjaan kolar putih, menjadi pelayan boleh menjadi langkah pertama keluar daripada pengangguran, dan mungkin sebagai batu loncatan kepada perkerjaan atau peluang kerjaya yang lebih baik.

bottom of page